Cari @ Amanz

Pada BlackBerry 10, RIM dilihat turut memfokuskan kepada papan kekunci atas-skrin bagi peranti dengan skrin sesentuh sepenuhnya, memudahkan para pengguna untuk memasukkan input teks dan sebagainya dengan pantas.

BlackBerry 10 Siri-L

Salah satu fungsi padanya, seperti mana yang pernah diperlihatkan sebelum ini adalah sokongan space-bar, membolehkan para pengguna membetulkan ejaan selain menyertakan jarak dan sebagainya serta merta apabila menekannya. Ia masih lagi tidak diketahui bagaimanakah ia akan kelihatan pada peranti dengan papan kekunci fizikal – QWERTY buat masa ini.

RIM bakal melancarkan BlackBerry 10 secara rasminya pada 30 Januari 2013 kelak, dimana pada tarikh yang sama mereka dijangka akan mengumumkan dua peranti baru untuk para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd