Cari @ Amanz

Pengguna iPhone 2G, 3G, iPod Touch 1G dan 2G Kini Turut Boleh Menikmati Fungsi iOS 6

Oleh Aman

Link Copied!

Ketika pelancaran iOS 6 tempoh hari, beberapa peranti lama iOS tidak lagi mendapat sokongan untuknya, dan terbiar sebegitu sahaja. Namun, ini tidak menghentikan pembangun bebas untuk hadir dengan penyelesaiannya, dan memperkenalkan iOS 6 untuknya.

Daripada Whited00r, ia menyediakan kebolehan untuk para pengguna peranti-peranti seperti iPhone 2G, 3G, iPod Touch 1G dan 2G untuk menikmati pelbagai fungsi-fungsi baru yang didatangkan pada iOS 6. Anda boleh memuat-turun firmware yang disediakan oleh pembangunnya, dan kemudian mengikuti beberapa langkah dalam menggunakannya pada peranti anda.

Seperti semua sedia maklum, Whited00r ini dibangunkan pembangun bebas, dan akan secara automatik jailbreak peranti anda. Seperti biasa, perkara ini tidak digalakkan oleh Apple, namun bagi sesiapa yang berminat, boleh sahaja mencubanya dan menggunakannya pada peranti anda.

Kami tidak dapat mencubanya kerana tiada peranti yang berkaitan. Gunakannya atas risiko sendiri.

Komen ()