Malaysia Antara Negara Yang Menandatangani Perjanjian ITR?

Malaysia Antara Negara Yang Menandatangani Perjanjian ITR?

Diterbitkan pada Dis 16, 2012 oleh .

ituMungkin pada beberapa minggu yang lepas, ramai masih perasan akan kempen yang dimulakan oleh Google untuk meneruskan internet yang bebas dan terbuka, sekaligus menyatakan bantahan untuk ITU. Kini, perbincangan tertutup ITU tersebut telah pun tamat, dan kelihatan 89 buah negara telah menyetujui ITR (International Telecommunication Regulations), termasuk Malaysia, berbanding 55 buah negara yang tidak menandatanganinya.

Sebagai agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menumpukan kepada komunikasi dan teknologi maklumat, ITU menghimpunkan anggota sektor kerajaan dan swasta pada forum bagi mencapai permuafakatan mengenai hala tuju ICT.

ITR merangkumi perjanjian global yang dirumuskan untuk mempermudah hubungan antarabangsa bagi telekomunikasi serta menyediakan prinsip garis panduan untuk memastikan aliran bebas maklumat di seluruh dunia.

Muat-Turun Dokumen Akhir WCIT 2012

malaisieJadi, apakah perkara ini bermaksud? Buat masa ini, ia masih tidak diketahui sepenuhnya, memandangkan ia adalah perbincangan tertutup dengan wakil-wakil negara. Malah dikatakan, pelbagai proses akan dilalui selepas ini, yang mana masih tidak diketahui kesannya ke atas internet.

Sebelum ini, ITU pernah mengatakan ia tidak akan menyentuh isu internet, tetapi hanya kepada piawaian telekomunikasi. Namun, beberapa pihak turut mengatakan “komunikasi antarabangsa” yang dibincangkan turut menyertakan internet padanya.

Persidangan ini tiada efek kepada Internet – kata Ketua ITUDaripada apa yang pernah dikongsikan oleh Google, mereka mengatakan beberapa perubahan yang dicadangkan ITR ini adalah termasuk membolehkan kerajaan untuk mengawal akses internet, selain mungkin membolehkan beberapa perkhidmatan percuma seperti YouTube, Facebook dan Skype untuk membayar “tol” untuk mencapai pengguna seluruh dunia, yang mana sekaligus menghalang akses informasi ke seluruh dunia.

Apakah yang akan berlaku lepas ini masih tidak diketahui lagi. Namun, daripada apa yang kita lihat daripada hasilnya, kita dapat lihat wujudnya dua kumpulan negara, dimana salah satunya ingin mengawal komunikasi dan satu lagi yang inginkan kebebasan, sekaligus menjadikan visi dan masa depan dunia komunikasi termasuk internet yang mungkin berbeza daripada pelbagai pihak.


TIPS & ULASAN