Cari @ Amanz

Bagi para pengguna peranti Windows Phone daripada Nokia sedia ada, seperti Lumia 900, Lumia 800 dan juga 710, mungkin anda sedang setia menantikan kemaskini Windows Phone 7.8. Daripada pelayan Nokia, kini kelihatan, mereka sedang dalam persiapan awal, dan mungkin akan memperkenalkannya tidak lama lagi.

Navifirm - Lumia 900

Sebelum ini, ia telah diperkatakan kemaskini Windows Phone 7.8 akan hadir untuk pengguna Windows Phone pada suku tahun pertama 2013 kelak.

Daripada aplikasi Navifirm, ia kelihatan fail kemaskini untuk beberapa variasi peranti mengikut negara telah pun mula diterbitkan. Semakan kami memperlihatkan tiada variasi untuk Malaysia yang telah diterbitkan, namun perkara ini mungkin berubah dalam minggu ini.

Mengikut mereka yang telah mencubanya, ia dikatakan tiada sebarang fungsi Nokia baru yang didatangkan bersama-sama dengannya, tetapi sebaliknya cuma menyertakan sokongan Live Tiles baru, gambar latar Bing, sokongan warna, wallpaper serta boot screen yang baru. Sokongan aplikasi kamera dijangka akan ditambah oleh Nokia melalui tawaran Nokia Collection.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd