Sokongan Google Sync Dan Beberapa Yang Lain Akan Dimatikan Pada Tahun Hadapan

Sokongan Google Sync Dan Beberapa Yang Lain Akan Dimatikan Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 16, 2012 oleh .

Google sebelum ini, telah mengemaskini beberapa perkhidmatan mereka dengan mematikan fungsi-fungsi yang tidak digunakan dan mempunyai penganti yang lain. Kini, sekali lagi pihak Google mengumumkan beberapa kemaskini, dan bakal mematikannya bermula daripada bulan Januari 2013 akan datang.

Google Sync yang mana membolehkan kebolehan mengakses GMail dan beberapa yang lain melalui protokol Microsoft Exchange ActiveSync bakal dimatikan bermula daripada 30 Januari 2013 kelak, dimana Google akan mengalakkan penggunaan CardDav untuk tujuan yang sama.

Pada masa yang sama, sokongan Google Calendar Sync akan ditamatkan bermula 14 Disember 2012, dan Google Sync untuk Nokia S60 akan ditamatkan bermula 30 Januari 2013 kelak.

Beberapa fungsi Google Calendar turut akan menerima nasib yang sama bermula 4 Januari 2013 termasuk sokongan Appointment Slots, Smart Rescheduler dan juga Add Gadget byt URL.

Salah satu aplikasi ganjaran yang dimiliki Google, iaitu Punchd turut sama akan menamatkan sokonga aplikasi Android dan iOS mereka bermula daripada 7 Jun 2013, dan penjual tidak lagi akan menerima kad ganjaran tersebut selepas tarikh tersebut.

Jadi, bagi anda yang sering menggunakan fungsi-fungsi tersebut, mungkin boleh mencari beberapa alternatif yang lain, dan bersedia untuknya.


TIPS & ULASAN