Cari @ Amanz

Steam untuk Linux merupakan salah satu perisian yang dinantikan komuniti Linux seluruh dunia, dan kini nampaknya, Valve setelah membuat pelbagai ujian terhad, akan membuka Steam untuk Linux dalam bentuk beta terbuka bermula minggu hadapan.

Steam untuk Linux

Buat masa ini, permainan yang disokong melalui Steam untuk Linux masih terhad, namun, angka tersebut mungkin akan meningkat dengan drastik pada tahun hadapan, bermula daripada pengenalan Steam untuk Linux ini.

Pada masa yang sama juga, pengumuman pihak Valve ini bakal mengubah pandangan ramai pembangun permainan kepada platform Linux, sekaligus membuatkan lebih banyak aplikasi dan permainan menarik dibangunkan terus untuk Linux, tanpa keperluan untuk menjalankannya melalui perisian pihak ketiga seperti Wine dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd