WhatsApp Tiada Perancangan Untuk BlackBerry 10 Buat Masa Ini

WhatsApp Tiada Perancangan Untuk BlackBerry 10 Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Dis 16, 2012 oleh .

WhatsAppBlackBerry 10 bakal dilancarkan kepada umum pada 30 Januari 2013 kelak, dan RIM telah mengatakan pelbagai aplikasi menarik akan tersedia ketika pelancarannya kelak. Namun, daripada apa yang diketahui pihak CrackBerry, pembangun WhatsApp masih tidak mempunyai perancangan untuk platform tersebut buat masa ini.

WhatsApp merupakan salah satu platform permesejan yang amat popular pada hari ini, membolehkan para pengguna berhubung antara satu sama lain seperti menggunakan SMS, tetapi hanya menggunakan pelan data atau sambungan internet sahaja.

Di BlackBerry, terdapat BBM, tetapi ia hanya menyokong antara platform Blackberry sahaja, berbanding WhatsApp yang menyokong pelbagai jenis platform lain, membolehkan lebih ramai berkomunikasi menggunakannya.

Namun, ia hanya kenyataan pihak WhatsApp buat masa ini, dan mungkin ia akan berubah tidak lama lagi. Apatah lagi BlackBerry 10 yang kelihatan akan menerima penerimaan yang positif ketika pelancarannya kelak, mungkin kita akan dapat melihat aplikasi WhatsApp hadir beberapa minggu atau bulan selepas pelancarannya.


TIPS & ULASAN