Angry Birds Star Wars Sedia Untuk Dimainkan Di Facebook

Angry Birds Star Wars Sedia Untuk Dimainkan Di Facebook

Diterbitkan pada Dis 16, 2012 oleh .

Setelah memperkenalkan permainan Angry Birds : Star Wars untuk beberapa platform seperti iOS, Android dan lain-lain, kini Rovio turut sama memperluaskan sokongan permainan mereka untuk para pengguna Facebook, membolehkan anda bermain bersama-sama dengan rakan-rakan lain.

abstarwars-fb_01

Buat masa ini, ia masih pada peringkat percubaan, dan belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Rovio. Namun, ia telah tersedia pada Facebook, membolehkan semua pengguna mencubanya hari ini.

Seperti pada namanya, ia turut sama mengintegrasikan pelbagai elemen dan watak daripada Star Wars, membawakan beberapa perbezaan berbanding dengan apa yang telah diperkenalkan pada Android, iOS dan sebagainya sebelum ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh memainkannya pada Facebook hari ini, dan bersaing dengan rakan-rakan anda yang lain.

Angry Birds Star Wars - Facebook

Angry Birds Star Wars - Facebook

Angry Birds Star Wars - Facebook

Layari : Angry Birds Star Wars di Facebook


TIPS & ULASAN