Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang dilakukan sekali-sekala oleh kebanyakkan pengguna adalah membuat carian nama sendiri pada Google. Dengan arena sosial dan internet yang berkembang, penggunaan identiti sebenar semakin meluas, menjadikan ia agak sukar untuk diuruskan.

Untuk memudahkan pengguna, Google kini menyediakan sebuah halaman khas pada bahagian tetapan di profil, dinamakan sebagai “Saya di Web“.

Seperti pada namanya, ia membolehkan para pengguna mengetahui pelbagai perkembangan mengenai identiti mereka di arena web.

Melalui laman tersebut, para pengguna boleh membuat carian nama mereka, dimana ketika membukanya sendiri, Google secara automatik telah sedia membuat carian untuk nama anda (berdasarkan kepada nama di profil Google+).

Pada masa yang sama, Google juga mengalakkan pengguna menambah Web Alerts, membolehkan anda mengetahui serta-merta apabila maklumat baharu mengenai nama anda hadir ke internet.

Kesemua perkara ini boleh dilakukan melalui beberapa sokongan seperti Google Search, Google Alerts dan sebagainya. Namun, dalam usaha untuk memudahkan pengguna, kini Google menyediakan ia dalam halaman setempat, dinamakan Google Me.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd