Twitter Mula Memperkenalkan Sokongan Memuat-Turun Arkib Tweet

Twitter Mula Memperkenalkan Sokongan Memuat-Turun Arkib Tweet

Diterbitkan pada Dis 17, 2012 oleh .

Sejak beberapa bulan yang lepas, pembangun Twitter telah mengatakan mereka kelak akan membolehkan para pengguna dengan mudah memuat-turun segala Tweet mereka dalam bentuk arkib dan membuat simpanan data mereka. Kini, ia mula diperkenalkan kepada beberapa pengguna secara berperingkat.

Arkib Tweet

Daripada apa yang dikongsikan, ia kelihatan arkib Tweet tersebut disediakan oleh Twitter dalam bentuk *ZIP dan didalamnya, ia didatangkan dalam bentuk HTML, membolehkan para pengguna melihat pelbagai informasi dan Tweet yang pernah dikongsikan mereka dalam kaedah interaktif.

Melaluinya juga, ia membolehkan pengguna mengetahui kadar keaktifan mereka di laman sosial tersebut, dan bilakah tempoh mereka menghantarkan Tweet paling banyak mengikut tahun dan juga bulan.

Bagi anda yang ingin menyemak, sama ada telah menerima sokongan ini ataupun belum, boleh melayari laman tetapan pada Twitter, dan melihat sama ada terdapat pilihan untuk memuat-turun arkib Tweet ataupun sebaliknya. Pihak Twitter masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai fungsi baru ini.


TIPS & ULASAN