SNESBox Membolehkan Anda Bermain Permainan SNES Bersama Rakan-Rakan

SNESBox Membolehkan Anda Bermain Permainan SNES Bersama Rakan-Rakan

Diterbitkan pada Dis 17, 2012 oleh .

Super MarioBagi kebanyakkan peminat permainan, antara platform dan konsol yang tidak boleh dilupakan adalah permainan SNES yang mana antaranya adalah Super Mario World, Donkey Kong Country, Aladdin, Legend of Zelda dan sebagainya.

Kini, bagi anda yang meminatinya, boleh memainkan terus pada pelayar web, melalui perkhidmatan yang dinamakan sebagai SNESBox. Namun, seperti biasa, memandangkan ia bukanlah perkhidmatan rasmi daripada pihak Nintendo, maka tidak diketahui berapa lamakah ia akan bertahan di arena web ini.

Apa yang menariknya mengenai SNESBox ini adalah, selain daripada kebolehan untuk bermain terus pada pelayar web, ia juga membolehkan anda bermain bersama-sama dengan rakan anda melalui sokongan internet, sekaligus bersaing antara satu sama lain dalam sesuatu permainan.

Daripada percubaan kami, ia berjalan dengan agak lancar, namun menghadapi masalah untuk beberapa permainan. SNESBox ini dijalankan menggunakan Flash, maka pada permulaannya ia mengambil masa yang sedikit lama, tetapi menjadi lancar selepas permainan dimulakan.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba SNESBox hari ini, dan pada masa yang sama bermain dengan rakan-rakan anda yang lain terus melalui pelayar web.


TIPS & ULASAN