Jualan Tablet Bersaiz Kecil Dijangka Meningkat Di Malaysia Pada Tahun 2013

Jualan Tablet Bersaiz Kecil Dijangka Meningkat Di Malaysia Pada Tahun 2013

Diterbitkan pada Dis 17, 2012 oleh .

Apple iPad MiniDalam pelbagai pilihan tablet, yang menjadi pilihan ramai akhir-akhir ini adalah tablet bersaiz 7-inci yang ditawarkan oleh Nexus 7 mahupun iPad Mini. Kini, IDC mengatakan pasaran tersebut akan meningkat drastik pada tahun akan datang – 2013.

Menurut data yang dikumpulkan oleh IDC, mereka mengatakan buat masa ini, segmen tablet bersaiz kecil ini hanya sekitar 26% dari pasaran, tetapi dijangka akan meningkat kepada lebih 43% pada tahun 2013.

Sepanjang permulaan tahun ini, tablet bersaiz kecil ini didominasi oleh pihak Samsung dengan tablet Galaxy Tab bersaiz 7-inci dan juga 7.7-inci. Pada sembilan bulan pertama tahun ini (2012), Samsung memegang pasaran sebanyak 85% untuk tablet bersaiz kecil ini, namun kini mereka telah mula persaingan daripada pelbagai pengeluar lain.

Asus bersama-sama dengan Google telah memperkenalkan tablet Nexus 7 mereka, yang mana kini dijual pada harga RM899 untuk versi WiFi dan juga RM1099 untuk versi 3G.

Sama juga dengan pihak Apple, yang mana baru-baru ini telah memperkenalkan tablet iPad Mini pada harga jualan RM999 di Malaysia.

Kedua-dua ini dijangka akan mengubah lanskap jualan tablet di Malaysia, apatah lagi dengan tawaran mampu milik oleh mereka. Mungkin juga Samsung akan hadir dengan sesuatu yang baru pada awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN