Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, nampaknya DiGi telah pun mula menawarkan tablet terbaru daripada Apple, iaitu iPad Mini, yang mana turut didatangkan bersama-sama pelbagai pilihan pelan dan pakej daripada DiGi.
Untuk makluman, para pengguna boleh mendapatkan iPad Mini tanpa sebarang pelan pada harga yang sama, sama ada daripada pihak DiGi, ataupun daripada Apple Store Malaysia secara terus, pada harga bermula RM1399.
iPad Mini merupakan tablet bersaiz 7.9-inci dengan paparan LCD daripada Apple, yang mana turut menyertakan cip pemprosesan A5 padanya, dijana menggunakan iOS 6, dan dilengkapi dengan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang dan 1.2-megapixel pada bahagian hadapan.