Cari @ Amanz

Aplikasi Google+ Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan Communities

Oleh Aman

Link Copied!

Google baru-baru ini telah memperkenalkan sokongan Google+ Communities pada perkhidmatan sosial mereka, membawakan fungsi seumpama Facebook Groups, membolehkan pengguna menetapkan ia sebagai umum ataupun sebaliknya.

Kini, mereka turut sama mengemaskini aplikasi iOS Google+ kepada versi 4.0, membawakan bersama-sama sokongan tersebut, sekaligus memudahkan para pengguna peranti iOS mengakses Google+ Communities terus daripada peranti mereka.

Antara sokongan lain yang turut diperkenalkan adalah rekabentuk aliran visual yang baru, serta kebolehan untuk mencari rakan-rakan anda dengan lebih mudah berbanding sebelumnya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini, dan menggunakannya dalam kekal berinteraksi dan mengikuti pelbagai perkembangan daripada laman Google+.


Komen ()