Bagi kebanyakkan pengguna internet tempatan, mungkin telah sedia mengenali akan laman Lelong.MY yang menawarkan sokongan membina kedai atas-talian dengan mudah, dan mula menjual barangan serta-merta. Kini, gergasi telekomunikasi Malaysia, TM mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan mereka.
Melaluinya, Web Store yang dibawakan oleh Lelong.MY akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada pilihan perkhidmatan percuma yang didatangkan bersama-sama aplikasi MarketingTool daripada TM.
MarketingTool merupakan salah satu pakej daripada TM yang menawarkan kemudahan kepada PKS dalam menjimatkan kos, sekaligus mendapatkan pelbagai nilai tambah, daripada kos komunikasi, sehingga menawarkan perkhidmatan mereka secara dalam-talian dengan mudah.
E-Dagang sendiri merupakan salah satu industri yang sedang berkembang pesat di Malaysia, dimana ia dijangka industri tersebut akan meningkat kepada RM3.5 billion menjelang tahun 2015 kelak.