Twitter Cuba Membeli Instagram Pada Harga $525 Juta Sebelum Facebook

Twitter Cuba Membeli Instagram Pada Harga $525 Juta Sebelum Facebook

Diterbitkan pada Dis 17, 2012 oleh .

Twitter dan Instagram, kedua-duanya mempunyai sedikit persamaan, dimana menawarkan kemudahan kepada para pengguna dalam membolehkan mereka menyampaikan ataupun berkongsi sesuatu dengan pantas dan mudah.

Kini, mungkin semua sedia maklum yang mana Facebook telah pun membeli Instagram beberapa bulan yang lepas, pada harga yang agak mengejutkan ramai, iaitu sekitar $1 billion dalam bentuk saham dan juga tunai. Namun, memandangkan harga saham Facebook menurun, kemudian ia turut menjejaskan harga akhir untuk Instagram.

Namun, jauh sebelum pembelian oleh Facebook, kini dikongsikan yang mana Twitter telah mencuba untuk membeli Instagram pada harga sekitar $525 juta.

Kini, Instagram dan Twitter kelihatan bersaing antara satu sama lain, dimana Instagram telah menarik sokongan memaparkan gambar pada Twitter, sementara Twitter memperkenalkan sokongan seumpamanya baru-baru ini pada aplikasi Android dan juga iOS.


TIPS & ULASAN