BlackBerry 10 bakal membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya, dan salah satunya adalah sokongan kawalan suara, membolehkan para pengguna membuat beberapa perkara dengan menyebut beberapa kata kunci melaluinya.
Antaramuka untuk sokongan kawalan suara ini diperlihatkan oleh salah satu laman dari Vietnam, yang mana turut memperlihatkan gambar peranti siri-L sebelum ini.
BlackBerry 10 bakal diperkenalkan secara rasmi oleh RIM pada 30 Januari kelak, dimana pada tarikh tersebut, dua peranti dijangka bakal diumumkan, iaitu menggunakan skrin sentuh sepenuhnya dan juga yang menggunakan papan kekunci QWERTY fizikal padanya.