Selain daripada paparan antaramuka untuk fungsi kawalan suara pada BlackBerry 10, beberapa paparan skrin untuk aplikasi sosial yang didatangkan bersama-sama BlackBerry 10 turut sama diperlihatkan.
[amanz-gallery]
Antaranya, termasuklah Twitter, Facebook dan juga FourSquare, yang mana dibangunkan khas untuk BlackBerry 10.
Daripada apa yang ditunjukkan, ia tidak membawakan perbezaan drastik berbanding dengan platform lain, tetapi didatangkan terbina dengan sokongan BBM padanya, membolehkan setiap kemaskini dihantar terus ke BBM dengan mudah.
Bagi kami, ia kelihatan aplikasi FourSquare membawakan beberapa elemen antaramuka BlackBerry 10 pada aplikasinya, namun untuk Twitter dan Facebook ia mengekalkan antaramuka seperti platform lain tanpa sebarang perubahan.
Semestinya dengan pelbagai tirisan di web akhir-akhir ini, tarikh pelancaran rasminya pada 30 Januari merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai.