Bagi kebanyakan mereka yang meminati permainan pada peranti mudah-alih, salah satu studio pembangunan yang tidak boleh dilepaskan adalah Half-Brick, yang membangunkan permainan seperti JetPack JoyRide dan juga Fruit Ninja.
Kini, bersempena dengan penghujung tahun, mereka menawarkan pelbagai permainan mereka secara percuma untuk para pengguna peranti iOS, membolehkan mereka memuat-turun dan menggunakannya secara percuma.
Namun, tawaran ini hanya terhad selama sehari, dan semua permainan mereka akan dikembalikan kepada harga jualan biasa esok. Jadi, sementara itu, mungkin anda boleh mengambil kesempatan, dan memuat-turun ia hari ini.
Muat-Turun Age of Zombies untuk iPhone dan iPad
Muat-Turun Fruit Ninja untuk iPhone
Muat-Turun Fruit Ninja HD untuk iPad
Muat-Turun Monster Dash untuk iOS
Muat-Turun Blast Off untuk iPhone
Muat-Turun Jetpack Joyride untuk iOS