Cari @ Amanz

IBM Mengeluarkan Ramalan Dunia Teknologi – Memfokuskan Perkomputeran Kognitif

Oleh Aman

Link Copied!

Setiap tahun, IBM akan hadir dengan ramalan mereka untuk dunia teknologi dan perkomputeran, dan sama juga untuk tahun ini, mereka telah pun menerbitkan beberapa video, berkongsi akan apakah ramalan mereka untuk dunia teknologi dalam tempoh 5 tahun akan datang.

IBMMengikut ramalan IBM, dalam tempoh lima tahun akan datang, komputer akan berkelakuan seperti manusia, sekaligus mula mencapai matlamat perkomputeran kognitif.

Daripada apa yang dikongsikan mereka, kelak komputer boleh memahami pelbagai imej, mendengar apa yang diperlukan, mencadangkan apa yang anda perlukan, serta menariknya, turut dikatakan boleh mempunyai deria rasa.

Beberapa perkara daripadanya telah pun mula kelihatan pada masa kini, seperti salah satunya adalah Google Now, yang boleh mencadangkan ke mana kita nak pergi dan sebagainya tanpa kita perlu menyebutnya.

IBM mengatakan komputer pada masa sekarang telah mempunyai kebolehan untuk mengimbas pelbagai data dalam masa yang singkat, dan dengan perkomputeran kognitif, ia bakal memberikan lebih nilai tambah kepada manusia.

Jadi, apakah pandangan anda berkenaan dengan ramalan IBM untuk dunia teknologi dan inovasi ini?


Komen ()