Cari @ Amanz

Adakah ini HTC One X2?Setelah kejayaan dan penerimaan ramai untuk One X pada tahun ini, kini beberapa laporan awal dan desas-desus mula kedengaran, mengatakan gergasi dari Taiwan ini sedang dalam persiapan untuk melancarkan kemaskini untuknya, dan kini dikenali dengan nama kod M7.

Berbeza dengan One X+ yang hanya memfokuskan kepada kemaskini spesifikasi, “M7” ini kelak dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru, dari segi rekabentuk mahupun komponen yang digunakan.

Mengikut laporan awal, peranti baru ini dijangka akan diumumkan pada Mobile World Congress (sekitar penghujung Februari 2013), yang mana akan menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan penuh 1080p padanya, sekaligus membawakan kepadatan pixel kepada 468PPI.

Dari segi spesifikasi, ia diperkatakan M7 ini bakal menyertakan cip pemprosesan empat teras 1.7GHz generasi kedua daripada Qualcomm, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan terbina 32GB dan juga sokongan LTE padanya. Peranti ini juga dijangka akan didatangkan bersama-sama sistem operasi Android Jelly Bean dan menggunakan antaramuka baru – Sense 5.0.

Kamera 13-megapixel dikatakan akan melengkapkan peranti ini, dengan lensa f/2.0 dengan sokongan rakaman 1080p, serta kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan.

Buat masa ini, ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenainya bermula awal tahun hadapan. Mungkin nama akhirnya juga akan kekal menggunakan keluarga “One” yang diperkenalkan HTC pada awal tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd