Cari @ Amanz

Selain daripada aplikasi YouTube yang membolehkan para pengguna menonton pelbagai video dengan mudah, kini Google turut sama memperkenalkan sebuah aplikasi baru, dinamakan sebagai YouTube Capture.

Seperti pada namanya, YouTube Capture membolehkan para pengguna dengan mudah merakamkan video menggunakan kamera pada peranti mereka, dan kemudiannya terus memuat-naik ke YouTube, selain kongsi akannya ke beberapa laman sosial yang lain.

Sebelum memuat-naik video berkenaan juga, para pengguna boleh membuat beberapa penambah-baikkan pada video tersebut seperti membetulkan warna, menstabilkan video, mahupun menambah audio daripada YouTube Soundtracks.

Buat masa ini, Google hanya memperkenalkannya kepada pengguna iOS sahaja, dan versi Android akan menyusul tidak lama lagi.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd