Apple Dikatakan Sedang Berbincang Dengan FourSquare Berkenaan Penggunaan Data Pemetaan

Apple Dikatakan Sedang Berbincang Dengan FourSquare Berkenaan Penggunaan Data Pemetaan

Diterbitkan pada Dis 18, 2012 oleh .

FourSquareSejak dilancarkan, Apple Maps menerima kritikan ramai, sekaligus membuatkan pelancaran Google Maps tempoh hari untuk iOS menerima permintaan yang amat tinggi, sehingga dimuat-turun lebih 10 juta kali dalam tempoh kurang 48 jam.

Namun, pihak Apple kelihatan masih berusaha untuk menambah baik perkhidmatan mereka, dengan laporan baru mengatakan Apple sedang berbincang dengan FourSquare dalam mengintegrasikan data daripadanya ke dalam aplikasi Apple Maps.

Sekiranya perkara ini benar, dan dipersetujui oleh FourSquare, maka Apple Maps akan menerima pelbagai data-data menarik, bukan sahaja daripada data lokasi padanya, tetapi turut sama mengintegrasikan data-data seperti tips pengguna berkenaan sesuatu tempat dan sebagainya.

FourSquare dan juga Apple, kedua-duanya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perkara ini.


TIPS & ULASAN