Facebook Mengemaskini Fungsi Nearby Pada Aplikasi Android Dan iOS

Facebook Mengemaskini Fungsi Nearby Pada Aplikasi Android Dan iOS

Diterbitkan pada Dis 18, 2012 oleh .

facebook-nearbyFungsi Nearby telah sekian lama terdapat pada aplikasi Facebook untuk Android dan iOS, membolehkan para pengguna melihat lokasi rakan-rakan mereka. Kini, Facebook kelihatan telah memberikan nafas baru untuknya, sekaligus membawakan sokongan seumpama FourSquare melalui fungsi tersebut.

Melalui apa yang diperlihatkan pihak Facebook, melalui kemaskini yang diperkenalkan secara berperingkat ini, apabila pengguna membuka halaman “Nearby” pada aplikasi mudah-alih mereka, pengguna akan diperlihatkan dengan lokasi-lokasi yang berdekatan dan tawaran oleh setiap lokasi tersebut.

Lokasi tersebut dikatakan dipaparkan mengikut pelbagai faktor, termasuk berdasarkan daftar-masuk rakan-rakan anda, lokasi yang anda “Like” dan sebagainya.

Ia diperkatakan beberapa fungsi ini hadirnya daripada Gowalla yang diambil-alih Facebook pada tahun lepas.

Fungsi ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Android dan iOS bermula hari ini.


TIPS & ULASAN