TeratoTech sebelum ini telah pun sedia membangunkan aplikasi HDC Halal untuk pengguna peranti iOS dan juga Symbian, dan hari ini, secara rasminya, mereka melancarkan aplikasi mereka untuk para pengguna Android. Aplikasi ini dibangunkan oleh mereka untuk Halal Development Corporation, sebuah agensi yang memantau industri Halal di Malaysia.
Dengan menggunakan aplikasi ini, para pengguna boleh mengetahui lokasi untuk kedai makan, dan juga restoran yang menawarkan makanan Halal dan diiktiraf oleh Jakim.
Pada masa yang sama, pengguna juga boleh mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook atau Twitter, membolehkan pengguna untuk memberikan maklumbalas seperti kebersihan, kemesraan dan sebagainya untuk sesuatu premis atau restoran.
Pihak TeratoTech juga turut berkongsi, mengatakan mereka akan melancarkan aplikasi ini untuk pengguna BlackBerry tidak lama lagi.
Bagi para pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini daripada Google Play Store secara percuma.
- Muat Turun
- Muat-Turun Aplikasi HDC Halal Untuk Android