Samsung Melancarkan Samsung Galaxy Grand – Peranti 5-inci Dengan Android Jelly Bean

Samsung Melancarkan Samsung Galaxy Grand – Peranti 5-inci Dengan Android Jelly Bean

Diterbitkan pada Dis 18, 2012 oleh .

Semua sedia maklum yang mana Samsung sering hadir dengan pelbagai variasi peranti hampir setiap bulan. Selepas Galaxy S3 Mini sebelum ini, kini Samsung mengumumkan secara rasmi Samsung Galaxy Grand.

Samsung Galaxy Grand

Galaxy Grand ini menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, skrin sebesar 5-inci dan juga kamera 8-megapixel padanya. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan bateri 2,100 mAh, dan dijana menggunakan sistem operasi Android 4.1.2 Jelly Bean padanya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.

Samsung Galaxy Grand


TIPS & ULASAN