Cari @ Amanz

Google Mengeluarkan Senarai Video Terhangat Di YouTube Sepanjang 2012

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti setiap tahun, Google hari ini telah pun mengeluarkan senarai video terhangat dan popular sepanjang tahun 2012 ini melalui YouTube Rewind. Bagi kebanyakkan pengguna, mungkin tidak perlu diberitahu lagi, dimana video terhangat sepanjang tahun ini adalah daripada PSY – Gangnam Style.

YouTube berkembang secara pesat sepanjang tahun ini, dimana mengikut statistik yang dikeluarkan pengguna menonton sehingga 4 bilion jam untuk sebulan.

Di Malaysia sendiri, YouTube telah melancarkan YouTube Malaysia, memfokuskan kepada kandungan yang dibangunkan oleh pengguna tempatan, disamping turut melancarkan sokongan YouTube Partners di Malaysia.

Jadi, apakah video terhangat di Malaysia sepanjang tahun 2012?

  1. PSY – Gangnam Style
  2. Sleeq & Najwa Latif – Untuk Dia
  3. Bigbang – Fantastic Baby
  4. PSY (ft Hyuna) – 오빤 딱 내 스타일
  5. Orang Sabah Style
  6. Maher Zain – Number One For Me
  7. Bigbang – Blue
  8. KL Style (Gangnam Style Parody)
  9. Hafiz & Siti Nurhaliza – Muara Hati
  10. Upin & Ipin 2012 – Tangkap Dia


Komen ()