Cari @ Amanz

Setelah ujian beta terbuka dilakukan tempoh hari, kini Google secara rasminya telah pun melancarkan Google Earth 7 kepada umum, membolehkan para pengguna melihat pelbagai lokasi diseluruh dunia dalam bentuk tiga-dimensi.

Daripada kemaskini yang dibawakan, ia menyertakan sokongan tour guide sekaligus memudahkan pengguna baru mengetahui pelbagai lokasi-lokasi menarik dan fungsi penggunaan pada Google Earth.

Sokongan paparan 3D yang diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih sebelum ini turut sama diintegrasikan pada versi desktop ini, membolehkan pelbagai bandar-bandar utama dilawati dalam bentuk 3D dengan lebih menarik berbanding sebelumnya.

Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Google Earth 7 untuk desktop anda hari ini, dan mula melawati dunia terus melalui pelayar web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd