Cari @ Amanz

Exabytes Mengambil-Alih HiNetmedia – Mengukuhkan Portfolio Platform E-Dagang

Oleh Aman

Link Copied!

Easy.my - HiNetMediaExabytes sedia mempunyai beberapa tawaran untuk platform e-dagang untuk digunakan oleh pelanggan mereka dalam membina kedai atas-talian dengan pantas, iaitu Easy.my. Kini, untuk mengukuhkan kedudukan mereka, mereka turut sama mengambil-alih HiNetMedia.

Dalam menjadikan gabungan ini berjalan lancar, sekaligus menjadikan sistem mereka selari, Easy.my dan juga HiNetMedia tidak akan menerima sebarang pendaftaran baru sehingga 1 Januari 2013 kelak. Namun, penggunaan laman mereka akan berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Untuk makluman, HiNetMedia menawarkan kemudahan untuk para pengguna membina kedai online mereka tersendiri dan menjual pelbagai produk kepada para pengguna lain melalui HiMall. Pelbagai medium pembayaran turut sama diintegrasikan pada platform mereka, sekaligus memudahkan pengguna membuat pembelian dengan menggunakan HiMall ataupun HiNetMedia.

Memandangkan Easy.my, salah satu anak syarikat milik Exabytes turut menawarkan perkara yang lebih kurang sama, semestinya pengambil-alihan ini akan menguntungkan kedua-dua pihak, termasuk pengguna sedia ada.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.


Komen ()