Twitter setelah memperkenalkan sokongan filter pada aplikasi Android dan juga iOS baru-baru ini, hari ini mereka secara rasminya berkongsi akan angka pengguna aktif mereka yang terkini, dimana ia telah pun mencapai angka 200 juta orang pengguna.
Untuk makluman, ini bukanlah jumlah pengguna Twitter, sebaliknya adalah lebih kepada mereka yang aktif menggunakan Twitter pada setiap bulan.
Sebelum ini, mereka juga pernah berkongsi akan yang mana pengguna Twitter menghantar lebih daripada 400 juta tweet setiap hari, dan angka tersebut dijangka akan meningkat dari hari ke hari.
Sepanjang tahun ini, Twitter telah mendapat perhatian ramai pihak, dan mula digunakan dengan lebih aktif oleh pemimpin, artis dan sebagainya dalam berinteraksi dengan yang lain.
There are now more than 200M monthly active @twitter users. You are the pulse of the planet. We’re grateful for your ongoing support!
— Twitter (@twitter) December 18, 2012