Cari @ Amanz

Adakah anda akan kekal menggunakan Instagram selepas ini?Dengan pengambil-alihan oleh Facebook tempoh hari, perubaha polisi dan terma penggunaan perkhidmatan Instagram adalah salah satu perkara yang dijangka, yang mana telah pun dilakukan oleh mereka semalam. Dan hasil daripadanya, ia menerima pelbagai kritikan daripada pengguna seluruh dunia.

Jadi apakah perkara baru yang ditambah dan diubah pada polisi mereka?

Mengikut terma baru mereka, Instagram boleh berkongsi informasi pengguna bersama-sama dengan Facebook, serta pengiklan dan sebagainya. Perkara ini merupakan salah satu perkara yang dijangkakan memandangkan Facebook sememangnya menggunakan data pengguna dalam pengiklanan, seperti tempat kegemaran, restoran kegemaran, data lokasi dan juga sebagainya.

Namun, apa yang mendapat reaksi negatif ramai pengguna adalah dibawah hak milik gambar yang dikongsikan melalui Instagram. Mengikut perubahan polisi baru, Instagram mengatakan, “sesuatu entiti boleh membayar Instagram untuk memaparkan nama pengguna dan juga gambar daripada akaun anda untuk promosi dan sebagainya, tanpa membayar pengguna sebarang wang”.

instagramPerkara ini sekaligus memberikan makna dimana gambar yang dimuat-naik ke Instagram boleh digunakan untuk sebarang tujuan promosi oleh pengiklan, tanpa sebarang imbuhan kepada pemilik gambar asal.

Kami tidak pasti sama ada perubahan ini turut melibatkan pengguna dengan akaun yang dilabelkan peribadi, ataupun hanya melibatkan pengguna dengan akaun umum sahaja.

Pada masa yang sama, Instagram juga turut mengatakan iklan yang dipaparkan padanya mungkin tidak dilabelkan, dan mungkin akan hadir seperti paparan gambar yang lain.

Perubahan beberapa terma ini menjadikan ramai pengguna tidak mengemarinya, dan kritik Instagram dan Facebook kerananya.

Untuk makluman, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan sokongan yang lebih kurang sama, dan semestinya perubahan ini akan menguntungkan sesetengah pihak, terutamanya Flickr dan juga Twitter yang baru-baru ini memperkenalkan sokongan lebih kurang sama – membolehkan pengguna menambah filter pada gambar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd