Cari @ Amanz

Skype With LoveDalam pelbagai perkhidmatan panggilan VoIP, salah satu yang amat popular dan digunakan ramai adalah Skype yang kini dimiliki oleh Microsoft. Sebagai menghargai pengguna, dan bersempena dengan musim percutian akhir tahun, kini Skype menyediakan tawaran terhad berupa panggilan percuma selama sebulan.

Daripada tawaran terhad yang disediakan oleh Skype, mereka membolehkan para pengguna membuat panggilan percuma ke talian tetap beberapa buah negara, termasuk Malaysia.

Namun, untuk menggunakannya, para pengguna perlu melalui beberapa langkah, seperti memasukkan maklumat pembayaran penuh pada akaun Skype mereka, dan selepas penggunaan percuma selama sebulan, ia secara automatik akan mengenakan pembayaran bulanan, melainkan anda menamatkan langganan perkhidmatan berbayar dalam tempoh 27 hari dari tarikh permulaan.

Jadi, bagi para pengguna yang berminat, mungkin boleh mengikuti maklumat lanjut berkaitan dengannya di laman Skype with Love hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd