Twitter Mengemaskini Aplikasi Mereka Untuk Pengguna BlackBerry

Twitter Mengemaskini Aplikasi Mereka Untuk Pengguna BlackBerry

Diterbitkan pada Dis 19, 2012 oleh .

Twitter Untuk BlackBerrySetelah sekian lama tiada kemaskini pada aplikasi Twitter untuk BlackBerry, hari ini, Twitter mengumumkannya, memperkenalkan Twitter 4.0 untuk BlackBerry sekaligus menyertakan bersama-sama beberapa perkara baru, yang sedia terdapat pada platform lain.

Twitter 4.0 untuk BlackBerry kini menyertakan sokongan tab baru, dan juga rekabentuk yang menyerupai aplikasi Twitter yang lain. Pengguna juga kini boleh mengikuti pelbagai perkembangan semasa mereka dan interaksi rakan-rakan melalui tab “Connect”, menggantikan tab “Mention” sebelum ini.

Pada masa yang sama, tab “Discover” juga turut disertakan, membolehkan pengguna BlackBerry mengikuti pelbagai trend semasa dan beberapa perkara lain dengan mudah melaluinya.

Bagi pengguna BlackBerry yang berminat dan aktif menggunakan Twitter, anda kini boleh mengemaskini aplikasi anda, ataupun memuat-turunnya daripada AppWorld secara percuma.

Muat-Turun Aplikasi Twitter 4.0 Untuk BlackBerry


TIPS & ULASAN