Cari @ Amanz

Dalam pelbagai pemain media yang terdapat di pasaran pada hari ini, salah satu yang dinantikan ramai untuk diperkenalkan dalam bentuk antaramuka Windows 8 adalah VLC.

VideoLAN sebelum ini telah pun mula mengumpul dana melalui Kickstarter, dimana sehingga kini telah mengumpulkan sebanyak 70% daripadanya. Dan dalam memberikan konsep awal berkenaan bagaimanakah aplikasi mereka kelak akan kelihatan, pembangunnya berkongsi dua paparan antaramuka untuk pemain media tersebut.

VLC Media Player Untuk Windows 8

VLC Media Player Untuk Windows 8

Daripada apa yang dikongsikan, ia kelihatan agak menarik, dan pembangunnya mengatakan ia bukanlah versi akhir, dan mungkin terdapat beberapa perubahan padanya kelak.

Untuk mereka yang ingin membantu, boleh menyumbangkan dana melalui projek KickStarter VLC untuk Windows 8, dan mungkin kita akan melihatnya seawal suku tahun pertama 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd