Nokia Bakal Hadir Dengan Tablet Windows RT Bersaiz 10-inci?

Nokia Bakal Hadir Dengan Tablet Windows RT Bersaiz 10-inci?

Diterbitkan pada Dis 19, 2012 oleh .

Ura-ura dan desas-desus dalam arena teknologi merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Terkini ia diperkatakan kerjasama Nokia dan Microsoft akan berterusan, dan bakal hadir dengan tablet bersaiz 10-inci tidak lama lagi.

nokia-tablet

Mengikut laporan daripada DigiTimes, Nokia mungkin akan memperkenalkan tablet mereka yang berasaskan Windows RT, dan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm S4 seawal bulan Februari 2013 kelak. Buat masa ini, ia masih boleh dikatakan jualan tablet berasaskan Windows RT masih lagi rendah, dan pengguna masih meminati Windows 8 yang menawarkan lebih banyak fungsi.

Sebelum ini sendiri beberapa pendaftaran paten Nokia untuk tablet telah kelihatan, namun tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya. Jadi, mungkinkah benar Nokia akan hadir dengan tablet mereka berasaskan Windows RT? Sama-sama kita nantikan Mobile World Congress pada bulan Februari 2013 kelak.


TIPS & ULASAN