Cari @ Amanz

Aplikasi Maxis Movies telah pun sedia dilancarkan pada beberapa platform, dan kini kelihatan pihak Maxis tidak melupakan pengguna Windows Phone. Daripada Marketplace, ia kelihatan Maxis Movies telah pun sedia tersedia dengan sokongan untuk WP 7.5 dan juga WP 8.

Maxis Movies memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan tiket wayang untuk sesuatu filem terus menggunakan peranti mereka. Pengguna juga boleh menambah lokasi wayang kegemaran mereka untuk akses pantas, dan melihat filem-filem menarik terus daripada aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna Windows Phone yang berminat, anda boleh memuat-turunnya daripada Marketplace hari ini secara percuma dan menggunakannya dalam membeli tiket wayang anda.

TIPS DARIPADA FAIZ

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd