Mari Mengenali Google Doodle

Mari Mengenali Google Doodle

Diterbitkan pada Dis 19, 2012 oleh .

Pada enjin carian Google, selain daripada penggunaan logo rasmi mereka, pada setiap hari perayaan atau memperingati seseorang tokoh dan sebagainya, mereka akan hadir dengan logo yang rekabentuk khas, dinamakan sebagai Doodle.

Penggunaan Doodle ini pertama sekalinya dimulakan pada tahun 1998, dimana Sergey Brin telah rekanya sendiri bersempena dengan Burning Man Festival. Pada ketika itu, Sergey Brin sekadar menggunakan aplikasi GIMP dan hanya membawakan perubahan kecil sahaja pada logo tersebut.

Google - Burning Man 1998Sejak daripada itu, penggunaan Doodle telah menjadi salah satu perkara utama untuk pelbagai acara, dimana pada tahun lepas sahaja, Google telah hadir dengan lebih 300 doodle berbeza untuk pelbagai acara di seluruh dunia.

Perekabentuk Google Doodle yang hanya seorang sebelum ini, kini telah berkembang menjadi sebuah kumpulan, dengan memfokuskan kepada merekabentuk logo Google yang menarik, bersesuaian dengan acara global, mahupun untuk sesebuah negara.

Di Malaysia sahaja, beberapa logo hari kebangsaan telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini, dan mungkin dengan Google yang kini kelihatan lebih aktif di Malaysia dengan pengenalan YouTube Malaysia dan sebagainya, mungkin kelak kita akan melihat lebih banyak acara dan perayaan tempatan turut mendapat Doodle khas pada enjin carian terbesar dunia itu.

Google Doodle - Merdeka Raya 2011Menurut pihak Google, untuk merekabentuk sesuatu logo Doodle itu, beberapa langkah akan dilalui sebelum ia akhirnya diterbitkan kepada pengguna.

Biasanya, seperti biasa, mereka akan memulakan dengan menerima idea untuk sesuatu logo perayaan. Mereka biasanya akan mendapat cadangan daripada wakil Google di sesebuah negara, mahupun daripada para pengguna.

google-bungarayaSebaik sahaja sesuatu cadangan tersebut diterima, mereka akan memulakan proses kajian untuk memahami sesuatu perayaan tersebut. Biasanya, wakil Google disesebuah negara itu akan membantu dalam memberikan pelbagai maklumat, agar doodle yang dihasilkan akhirnya bertepatan dengan sesuatu sambutan dan perayaan.

Pada tahun ini, 2012, Google hadir dengan pelbagai doodle berbentuk interaktif, membolehkan pengguna mendengar bunyi, melihat imej bergerak, menonton video mahupun bermain permainan ringkas melaluinya.

Doodle MerdekaUntuk Sukan Olimpik sahaja, Google telah hadir dengan doodle baru hampir setiap hari, membolehkan para pengguna memainkan permainan ringkas, dan berkongsi dengan rakan-rakan melalui Google+.

Sekiranya untuk tujuan doodle berbentuk interaktif, pasukan mereka turut dikatakan akan bekerjasama dengan bahagian kejuruteraan dalam menghasilkan sebuah doodle yang menarik.

Seterusnya, ia akan diuji terlebih dahulu secara dalaman sebelum ia diperkenalkan kepada umum melalui halaman web yang paling dikunjungi ramai – Google.com.

Selain pada enjin carian mereka, akhir-akhir ini, Google turut sama telah mula menggunakan elemen sama pada laman video mereka – YouTube.

Lihat Koleksi Logo Google Di Muzium Doodle


TIPS & ULASAN