Dua Moleskine Evernote Smart Notebook Untuk Dimenangi

Dua Moleskine Evernote Smart Notebook Untuk Dimenangi

Diterbitkan pada Dis 22, 2012 oleh .

Pihak Evernote bersama-sama dengan Moleskine telah pun melancarkan buku note yang diintegrasikan dengan aplikasi Evernote di Malaysia baru-baru ini, iaitu Evernote Smart Notebook. Dan khas untuk para pembaca Amanz, mereka menawarkan dua buah buku Evernote Smart Notebook ini untuk dimenangi oleh anda dengan cara yang mudah.

Evernote Smart Notebook

Untuk memenanginya, anda hanya perlu melalui beberapa langkah mudah, seperti melawati laman Moleskine Asia, Like artikel ini, dan beberapa yang lain, dimana setiap satunya akan memberikan anda satu mata cabutan. Cabutan akan dilakukan mengikut Random.org pada 8 malam hari Isnin – 24 Disember ini.

Baca : Ulasan Evernote Smart Notebook

Terma & Syarat

  1. Lawati laman rasmi Moleskine Asia untuk satu mata entri
  2. Like post ini untuk mendapat satu mata entri
  3. Berikan apa sahaja komen pada blogpost ini, terutamanya dalam menjawab soalan. Tiada jawapan yang betul atau salah kerana ia adalah pendapat masing-masing.
  4. Like Facebook Amanz. Kalau dah like biarkan sahaja.
  5. Tweet mengenai cabutan bertuah ini untuk mendapat mata entri keempat dan apabila ada orang lain yang klik pada tweet anda, anda akan mendapat mata referral. Anda juga akan menerima link yang anda boleh gunakan untuk diberikan kepada orang lain untuk mendapat mata referral.
  6. Anda juga akan mendapat mata tambahan sekiranya mencadangkan/menjemput rakan-rakan di Facebook.
  7. Cabutan akan tamat pada 24 Disember 2012 pada pukul 6 petang.
  8. Pada 0800 malam, Isnin 24 Disember 2012, cabutan nombor akan dilakukan di Random.org dan akan mempunyai senarai nombor. Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan rawak dan jawapan soalan yang diberikan. Sekiranya peserta cabutan pertama tidak menjawab soalan dengan tepat, nombor kedua akan dipilih. Hanya dua pemenang akan memenangi cabutan ini.
  9. Keputusan adalah muktamad.

Cabutan akan tamat pada 24 Disember 2012 pada pukul 6 petang dan cabutan akan dilakukan pada 8 malam hari yang sama.

Kemaskini: Tahniah kepada pemenang Mohd Zarin & Muhd Azmi kerana berjaya memenangi cabutan bertuah ini!


TIPS & ULASAN