Cari @ Amanz

Data Tweet anda kini boleh dimuat-turun untuk simpanan anda.Sepertimana yang dijanjikan pihak Twitter sebelum ini, hari ini secara rasminya mereka mengumumkan fungsi baru pada laman sosial mereka, membolehkan para pengguna memuat-turun kesemua Tweet yang pernah dihantarkan ke laman sosial tersebut dengan hanya satu klik sahaja.

Daripada data yang dimuat-turun, ia akan hadir dalam bentuk fail yang boleh dibuka menggunakan pelayar web, membolehkan pengguna melihat Tweet mereka daripada awal penyertaan mereka, mengikut tahun, bulan dan juga melakukan carian pada arkib Tweet mereka.

Fungsi ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh pihak Twitter, terlebih dahulu kepada mereka yang menetapkan bahasa penggunaan kepada bahasa Inggeris.

Anda boleh menyemak fungsi ini sama ada telah diaktifkan atau belum untuk anda, dengan melayari laman tetapan Twitter.com, dan tatal sehingga penghujung bawah laman untuk melihatnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd