Cari @ Amanz

CIMBClicks Kini Mempunyai Lebih Daripada 3.6 Juta Pengguna Berdaftar

Oleh Aman

Link Copied!

Jarang kita dapat lihat syarikat perbankan berkongsi angka pengguna mereka. Terbaru, ketika pelancaran OctoPay tempoh hari oleh CIMBClicks, mereka berkongsi akan maklumat mengenai statistik semasa pengguna mereka yang menggunakan CIMBClicks.

Menurut mereka, CIMBClicks kini mempunyai lebih daripada 3.6 juta pengguna berdaftar. Secara purata, pengguna CIMBClicks membuat lebih kurang 3.5 juta transaksi kewangan melaluinya.

Selain daripada melalui web, seperti semua sedia maklum, aplikasi mudah-alih CIMBClicks turut ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iOS. Sehingga ke hari ini, aplikasi kedua-dua platform tersebut telah dimuat-turun berjumlah 500,000 kali.

Dengan tahun akan datang, lebih ramai pengguna tempatan dijangka akan mula menggunakan internet dan web secara aktif, sekaligus menyumbang kepada peningkatan penggunaan perbankan internet dan sebagainya.

Selain daripada CIMBClicks, perbankan internet lain yang popular adalah daripada Maybank, disamping pada masa yang sama PayPal juga mula aktif dengan operasi mereka di Malaysia.


Komen ()