Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, Google telah mengambil-alih dan membeli QuickOffice, dan hari ini, khas untuk para pengguna dan pelanggan Google Apps, gergasi internet tersebut mengumumkan tawaran aplikasi pejabat percuma, iaitu QuickOffice untuk iPad.

QuickOffice untuk Pelanggan Google Apps

Melalui aplikasi ini, seperti biasa, ia menawarkan kebolehan untuk membuka dan mengedit dokumen-dokumen dengan format utama, termasuk .DOC .DOCX .XLS. XLSX .PPT dan juga .PPTX.

Tawaran sama untuk pengguna Android dijangka akan menyusul tidak lama lagi.

Sementara itu, sekiranya anda bukan pelanggan Google Apps, masih boleh mendapatkan QuickOffice daripada AppStore pada harga $7.99.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd