Steam untuk Linux merupakan salah satu perisian yang dinantikan ramai, dimana setelah melalui fasa ujian tertutup, kini Valve membuka peluang kepada semua pengguna Linux yang berminat untuk mencubanya terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan secara rasminya.
Bersama-sama dengan pengenalannya, beberapa masalah yang telah dikenal-pasti sebelum ini, seperti kegunaan CPU yang tinggi ketika memainkan permainan dan sebagainya telah diatasi.
Pihak Valve sendiri menyediakan sebuah halaman khas di GitHub dalam memantau pelbagai permasalahan yang ditemui, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja menghantarkan maklumbalas dan sebagainya melaluinya.
Bagi para pengguna Linux yang berminat, anda boleh memuat-turun Steam untuk Linux Beta ini dan mencubanya sendiri hari ini. Beberapa permainan turut disediakan untuk dicuba oleh anda menggunakannya, seperti Team Fortress 2.
- Muat-Turun Steam Untuk Linux Beta