Dropbox Mengambil-Alih Perkhidmatan Gambar – Snapjoy

Dropbox Mengambil-Alih Perkhidmatan Gambar – Snapjoy

Diterbitkan pada Dis 20, 2012 oleh .

DropboxNampaknya, Dropbox agak aktif dalam memperkembangkan perkhidmatan mereka akhir-akhir ini, dimana selepas mengambil-alih perkhidmatan muzik-awan AudioGalaxy baru-baru ini, hari ini mereka menambah lagi dengan mengambil-alih syarikat Snapjoy.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.

Snapjoy membolehkan para pengguna untuk melihat gambar mereka pada pelbagai peranti dengan mudah, termasuk pada komputer, telefon pintar, mahupun daripada pelbagai web seperti Instagram, Flickr, Picasa dan sebagainya pada satu lokasi.

Dengan pengambil-alihan ini, pengguna baru tidak lagi boleh mendaftarkan akaun mereka di Snapjoy, sementara pengguna sedia ada boleh kekal menggunakannya tanpa sebarang masalah.


TIPS & ULASAN