Cari @ Amanz

AirBnb kelihatan akhir-akhir ini mula memfokuskan kawasan Asia Pasifik, dan menariknya, AirBnb turut sama melancarkan sebuah halaman baru untuk pengguna Malaysia, memperlihatkan penyenaraian dalam bahasa Malaysia dan menggunakan Ringgit Malaysia.

Bagi yang tidak mengenali akan AirBnb, ia menawarkan perkhidmatan untuk para pengguna menyenaraikan bilik mereka untuk disewakan melaluinya.

Di Malaysia sendiri terdapat beberapa perkhidmatan lain yang menawarkan fungsi lebih kurang sama, seperti iBilik dan juga penyenaraian melalui Mudah.my dan sebagainya.

Mungkin dengan fokus pihak AirBnb, kita akan dapat melihat lebih banyak perkembangan positif, disamping menguntungkan para pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd