Humble Bundle 7 Hadir Bersama-sama Dengan Indie Game : The Movie

Humble Bundle 7 Hadir Bersama-sama Dengan Indie Game : The Movie

Diterbitkan pada Dis 20, 2012 oleh .

Bagi kebanyakkan peminat permainan indie dan sebagainya, mungkin sedia mengenali akan Humble Bundle. Terkini, mereka telah pun mengeluarkan Humble Bundle 7 memfokuskan kepada beberapa permainan, disamping turut menyertakan sebuah filem khas padanya.

Untuk kali ini, Humble Bundle 7 menawarkan permainan seperti Snapshot, The Binding of Isaac, Closuer, Shank 2, EFF, Child’s Play Charity dan juga dokumentari Indie Game : The Movie. Sekiranya pengguna menyumbang lebih daripada harga purata, maka mereka juga akan menerima permainan Legend of Grimrock dan juga Dungeon Defenders.

Menariknya kali ini adalah dimana semua permainan boleh dimainkan pada pelbagai platform, iaitu Windows, Mac dan juga Linux.

Bagi anda yang berminat boleh mendapatkannya daripada laman Humble Bundle hari ini.


TIPS & ULASAN