Aplikasi WhatsApp Messenger Untuk iOS Ditawarkan Secara Percuma Untuk Waktu Yang Terhad

Aplikasi WhatsApp Messenger Untuk iOS Ditawarkan Secara Percuma Untuk Waktu Yang Terhad

Diterbitkan pada Dis 20, 2012 oleh .

WhatsAppDalam setahun, beberapa kali aplikasi WhatsApp ditawarkan secara percuma untuk pengguna iOS, dan kini, nampaknya buat masa yang terhad, sekali-lagi kini mereka menawarkannya melalui AppStore.

WhatsApp Messenger biasanya akan dijual untuk harga $0.99 melalui AppStore untuk pengguna iOS, manakala untuk pengguna Android pula, ia ditawarkan secara percuma untuk tahun pertama dan dikenakan bayaran untuk tahun yang seterusnya. Platform-platform lain turut mempunyai bentuk pembayarannya tersendiri.

Memandangkan melalui perkhidmatannya, ia menawarkan kebolehan untuk menghantar dan menerima mesej antara rakan secara percuma, pembayaran yang dikenakan boleh dikatakan adalah amat kecil. Namun, biasanya pengguna menghadapi masalah untuk membayar kerana masih muda dan tidak mempunyai kad kredit dan sebagainya.

Bagi mereka yang menggunakan peranti iOS, anda boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini, sebelum ia dikenakan caj semula dalam waktu terdekat ini.

Muat-Turun Aplikasi WhatsApp Messenger untuk iOS


TIPS & ULASAN