Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, Canonical telah memperkenalkan versi beta Ubuntu One untuk Mac OS X, dan kini secara rasminya, mereka telah pun mengemaskininya kepada versi stabil pertama.

Ubuntu One

Untuk makluman, melalui klien Ubuntu One untuk OS X, ia memudahkan para pengguna untuk menguruskan storan awan di Ubuntu One, sekaligus memudahkan ia di sync dan boleh diakses pada pelbagai peranti.

Bagi pengguna versi beta sedia ada, anda perlu memasangnya kembali untuk versi stabil ini memandangkan tiada sokongan kemaskini automatik pada versi beta sebelum ini. Disamping itu, versi stabil ini juga turut membawakan sokongan kepada tetapan proxy pada OS X.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan Ubuntu One ini secara percuma untuk komputer OS X anda, disamping turut memuat-turunnya untuk pelbagai platform lain termasuk Windows, Ubuntu, Android dan juga iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd