Cari @ Amanz

Sejak lebih ramai yang mula menggunakan pelan data pada telefon mudah-alih mereka, penggunaan SMS telah pun berkurangan, apatah lagi dengan lebih ramai yang mula menggunakan perkhidmatan seperti WhatsApp, Twitter, Line dan sebagainya untuk berkomunikasi.

SKMM - Penghantaran SMS

Mengikut data terkini yang dikeluarkan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), ia memperlihatkan penghantaran SMS oleh pengguna tempatan semakin berkurangan secara drastik dari hari ke hari.

Pada tahun lepas sahaja, lebih 93,120.5 juta SMS telah dihantar oleh pengguna Malaysia, menjadikan setiap pelanggan menghantar lebih kurang 2,540 SMS. Namun, berbeza untuk tahun ini, dimana untuk setiap suku tahun, hanya sekitar 20 ribu juta SMS sahaja dihantar, yang mana kelak akan menjadikan jumlah akhirnya mungkin sekitar 80 ribu juta lebih sahaja.

Angka ini juga mungkin akan mengalami penurunan yang lebih drastik pada tahun hadapan, dengan lebih ramai yang mula melanggan pelan data, disamping berpindah menggunakan telefon pintar yang kini ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd