Bagi kebanyakkan pengguna peranti mudah-alih mungkin telah sedia mengenali permainan Cut The Rope yang dibangunkan oleh ZeptoLab. Dengan kejayaan Cut The Rope, kini mereka telah pun menambah keluarga permainan baru daripada mereka, dinamakan sebagai Pudding Monsters.
Permainan Pudding Monsters ini hanya ditawarkan untuk iPhone dan juga iPad buat masa ini, dan versi Android dijangka akan menyusul tidak lama lagi.
Sama seperti Cut The Rope, Pudding Monsters turut sama membawakan permainan berbentuk puzzle, memerlukan pengguna mengawal makhluk tersebut dalam menyelamatkan rakan-rakan yang lain dalam pelbagai bentuk yang kreatif.
Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turunnya untuk iPhone dan juga iPad hari ini, dimana ia ditawarkan secara berbayar.
- Muat-Turun Pudding Monsters untuk iPhone
- Muat-Turun Pudding Monsters untuk iPad
Kemaskini (21 Disember 0338)
Ia kelihatan pihak ZeptoLab turut sama telah melancarkan permainan mereka untuk pengguna Android, dimana ia ditawarkan secara percuma dan sedia untuk dimuat-turun daripada Google Play Store hari ini.
- Muat-Turun Pudding Monsters untuk Android