Cari @ Amanz

Setelah menawarkan aplikasi Android yang hanya dioptimasikan untuk telefon pintar sehingga kini, hari ini, Flipboard secara rasminya memperkenalkan sokongan untuk pengguna tablet, sekaligus menjadikan paparan Flipboard pada tablet Android lebih menarik berbanding sebelum ini.

flipboard-01

Sebelum ini, mereka telah pun menawarkan sokongan untuk tablet bersaiz 7-inci, dan kini mereka membawakan optimasi khas untuk peranti Samsung bersaiz 10-inci, terutamanya Galaxy Tab, Nexus 10 dan juga Galaxy Note 10.1.

Pembangun Flipboard mengatakan, mereka kini memperkenalkan sokongan untuk tablet Android memandangkan lebih ramai pengguna yang kini membeli tablet Android bersempena dengan musim cuti ini, sekaligus pada masa yang sama menguntungkan para pengguna dan juga pihak Flipboard sendiri.

Bagi para pengguna yang menggunakan tablet Android, anda boleh mengemaskini aplikasi Flipboard anda, ataupun memuat-turunnya daripada Google Play Store hari ini, dan mula menguruskan bahan bacaan internet anda dengan mudah menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd